Sunday, 22 April 2012

Perkara Penting dalam sesebuah Hubungan

Setiap pasangan di dunia ini inginkan hubungan yang berkekalan dan bahagia dari bibit permulaan percintaan sehinggalah ke jinjang pelamin dan seterusnya ke akhir hayat dan siapalah yang inginkan perpisahan bukan?

Tetapi ramai pasangan di dunia ini tidak tahu bagaimana ingin menjadikan hubungan mereka intim tanpa ada sebarang masalah seperti salah faham yang boleh membawa kepada pergaduhan yang dikhuatiri boleh merenggangkan hubungan.

Jadi untuk mengekalkan hubungan dan juga mengeratkan lagi hubungan anda dengan si dia anda perlulah mengetahui apa yang perlu anda lakukan dan tidak lakukan di dalam perhubungan.

1. Beriman
Untuk menjadi pasangan yang lebih baik, kunci pertama adalah menguatkan iman anda sendiri. Dengan adanya pasangan yang beriman, maka pasti hubungan cinta antara anda dan pasangan anda akan mencapai titik yang maksimum.

2. Jangan ‘Minder’ Dan Selalu Mengenang Masa Lalu
Janganlah bersikap minder terhadap pasangan anda. Bila anda pernah membuat suatu kesalahan dimasa lalu, jangan selalu dikenang atau diingat. Berfikirlah positif.

Bila anda minder, sama saja anda mengatakan bahawa anda tidak sepadan untuk pasangan anda. Bila anda tidak percaya diri, bahawa anda adalah pasangan yang sepadan untuk dia, maka anda akan benar-benar menjadi pasangan yang tidak sepadan.

3. Romantis
Ketika suatu hubungan cinta mulai mengalami keretakan, tanda pertama yang terlihat adalah mulai berpudarnya romantisme antara pasangan. Umumnya pasangan yang akan retak melupakan bagaimana senangnya ketika pertama kali mereka menjalin hungan tersebut.

Suatu hubungan cinta adalah sesuatu yang harus terus menerus dibina dan bersikap romantis dalam membina hubungan tersebut adalah mutlak.

4. Jangan Membuat Sesuatu Hanya Kerana Ingin Membahagiakan Pasangan Anda
Berapa kalikah anda pernah mengerjakan sesuatu untuk pasangan anda yang sebenarnya tidak ingin anda lakukan, tapi tetap anda lakukan kerana ingin membuat pasangan anda bahagia. Bagaimana perasaan anda ketika mengerjakan hal tersebut?

Setiap kali anda membuat kompromi atas sikap anda tersebut, anda memperlebar jurang hubungan cinta anda. Sebaiknya anda secara jujur mengatakan pada pasangan anda bahawa anda kurang senang mengerjakan hal tersebut, dan mencari alternatif lain untuk mengatasinya bersama.

5. Jangan Paksa Pasangan Anda
Kalau anda tahu pasangan anda kurang senang melakukan sesuatu hal, mengapa dipaksakan? Seharusnya anda tidak memaksa pasangan anda apa yang tidak disenanginya seperti memaksa si dia berfesyen tetapi dia sebenarnya tidak suka berfesyen, memaksa si dia sentiasa menemani anda 24jam dan sebagainya. Berilah dia ruang untuk dia melakukan apa yang disukainya.

6. Jangan Merendahkan Pasangan Anda
Tidak ada manusia yang sempurna didunia ini. Masing-masing mempunyai daya fikir, kerja dan daya tahan tersendiri. Bila anda selalu merendahkan pasangan anda dengan menyalahkan apa saja yang dia salah lakukan, bagaimana anda akan berharap dia akan menyayangi anda?

Lelaki amat tidak suka apabila pasangannya merendah-rendahkannya dan jatuhlah ego seseorang lelaki apabila pasangannya berbuat demikian.

7. Jangan Memberi Janji Yang Anda Tidak Mampu Penuhi
Kepercayaan adalah hal penting pada suatu hubungan cinta. Kepercayaan harus dibina dan dikembangkan. Bila anda tidak memenuhi janji anda pada pasangan anda, bagaimana pasangan anda akan percaya pada anda pada masa yang akan datang?

8. Usahakan Untuk Selalu Berada Disisinya
Pasangan anda merupakan teman anda untuk seumur hidup. Usahakan untuk berada disisinya baik dalam suka maupun duka tetapi jangan sesekali anda abaikan keluarga dan juga rakan anda. Luangkan juga masa untuk mereka.

9. Komunikasi
Dunia berubah dari hari ke hari. Bila anda tidak terus menerus berkomunikasi dengan pasangan anda, anda akan terkejut apabila pada suatu hari anda baru menyadari bahawa jurang perbezaan antara anda berdua telah semakin lebar.

10. Jangan Berlaku Kasar Terhadap Pasangan Anda
Cukup jelas. Sekiranya anda mahu dihormati oleh pasangan anda, anda haruslah hormatinya terlebih dahulu. Hormatilah pasangan anda sebagaimana anda menghormati manusia lainnya. Jangan sampai anda lebih menghormati teman anda daripada menghormati pasangan anda.

11. Jujurlah Selalu
Biasanya suatu hubungan cinta tidak akan berlangsung lama apabila dibangun dan didasari atas kebohongan. Walaupun pasangan anda tidak pernah mengetahui kebohongan yan tersimpan, tetapi fakta bahwa anda mengetahui kebohongan itu, akan mempengaruhi perasaan anda maupun pasangan anda. Dengan itu, hubungan cinta tak akan mencapai titik yang maksimum.
Copyright © All Rights Reserved by NurfatinAmiera